Posted by admin in Berita | 0 Comments
Seks Suci Wajib Diperjuangkan
Buletin Rakyat 15 November 2011
MEKAH – Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Puan Hatijah Aam menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa penerbitan buku Seks Suci Islam (SSI) bertujuan mencabar JAKIM, badan dakwah dan kursus perkahwinan di Negara ini.
Bercakap kepada Buletin Rakyat, peerbitan buku SSI atas dasar tanggugjawab memberi jawapan kepada persoalan umat yag sudah rosak oleh pengamalan seks haram. Global Ikhwan Sendirian Berhad (GISB) rasa bertanggungjawab dengan kes-kes pembuangan bayi dan social lainya melibatkan umat Islam mutakhir ini.
“Sejujurnya pihak kami amat menghormati peranan JAKIM sentiasa meletakkan Islam pada landasannya. Ini termasuklah mengadakan kursus-kursus perkahwinan dan seumpamanya. Walau bagaimanapun dengan terbitnya buku SSI bukannya mahu mengambil tanggungjawab dan peranan pihak tertentu tetapi sekadar mengemukakan satu pandangan berguna untuk umat Islam jua.
“Mungkin ianya sebagai penambah baikkan kursus-kursus perkahwinan sedia ada bagi melahirkan keluarga yang diberkati oleh Allah SWT dunia dan akhirat. Bagi GISB tidak salah kita berkongsi dan bertukar-tukar pandangan daripada kita memberikan pengertian tentang penerbitan SSI jelas bersifat berat sebelah,” katanya.
Tegasnya, selama ini orang Barat (Yahudi) memperagakan seks dengan cukup terbuka. Apakah Islam tidak semampu Barat untuk membuka ilmu seks ini sampai setinggi-tingginya mengatasi Barat? Apakah bidang seksual meurut Islam adalah sesuatu yang tidak dibenarkan maka segala-galanya wajib ditutup sama sekali? Siapa yang berani mengatakan bahawa Islam menghalang dan mencegah pendedahan ilmu dan teknik-teknik seks suci ini?
“Sampai bayi dibuang berselerak di mana-mana di Malaysia (hasil kegiatan seks haram, hasil perjuangan Yahudi ke atas umat Islam), dalam 15 minit satu penzinaan, dlm 17 minit satu bayi dibuang. Adakah kita masih memikirkan bahawa seks suci Islam tidak sepatutnya didedahkan kepada umum? Siapakah yang mahu bertanggungjawab dengan kes-kes pembuangan bayi dan seks haram berleluasa berlaku dewasa ini?
“Kalau dibuat bancian anak-anak remaja Malaysia mempunyai pengetahuan mendalam mengenai perbuatan seks haram boleh diperolehi dalam internet dan laman social lainnya. Kemajuan telekomunikasi tidak mampu menahan dan menghalang ilmu-ilmu negatif dari Barat termasuk seks haram menular di alam siber Malaysia. Malah seks haram boleh didownload secara percuma di laptop-laptop pelajar sekolah tanpa ditapis dan diskrin terlebih dahulu. Mahu tidak mahu kita kena menjernihkan fikiran anak-anak remaja ini bahawa di dalam Islam seks itu lagi hebat, mulia dan indah,” ujarnya
Pihak juga menegaskan, sasaran buku SSI kepada golongan professional dan atasan yakni ahli-ahli GISB sudah berkahwin, untuk ahli-ahli sahaja dan Kelab Taat Suami (KTS). Dengan adanya teknik-teknik seks cara islam ini boleh membantu pejuang-pejuang Islam ini berkempen habis-habisan supaya umat Islam jangan pergi ke rumah-rumah urut, seks haram dan seumpamanya. Rasulullah SAW sentiasa ingatkan umat Islam supaya melakukan mukaddimah sebelum jima’. Tapi kalau kita tanya berapa ramai yang melakukan, bagaimana dan di mana point-pointnya sebagai mukaddimah itu semua tidak boleh menjawabnya. Jadi, tujuan buku SSI yang diedarkan hanya kepada ahli-ahli sahaja mampu memberikan jawapan persoalan berkenaan.
Sesungguhnya bila mana Al Quran dan Hadis menganjurkan perkahwinan kepada umat Islam maka segala-gala apa yang di dalam pakejnya adalah halal untuk dipelajari dan diajarkan supaya ibadah itu berhasil maksima. Tujuan penerbitan SSI bukannya mencabar mana-mana pihak tetapi sekadar salah satu jalan keluar bagi memberikan pendedahan tentang seks suci, halal untuk melahirkan zuriat yang halal.
“Pihak kami melahirkan rasa dukacita pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan dokumen buku ini tanpa pengetahuan pihak GISB sehingga menimbulkan salah faham dan salah interpretasi ramai pihak. Kami tidak bertanggungjawab tentang penyebaran, namun kami berani tampil untuk menjawab persoalan yang KTS perjuangkan kepada masyarakatnya sahaja.
“Pihak GISB amat merasa bimbang jika amar makruf kami menerbitkan buku seumpama ini seolah-olah menghina mana-mana pihak apatah lagi menghina kaum bapa di Negara ini. Pihak GISB masih menghormati institutsi kekeluargaan Islam di negara ini dan penerbitan buku ini hanya sebagai penambahbaikkan hubungan suami isteri yang sah.
“Bukan tujuan mengejar keuntungan atau menangguk di air yang keruh. Takkan kami tidak boleh membantu masyarakat ke arah menuju nilai-nilai hidup yang baik? Kami juga tidak kisah kalau buku ini dianggap sebagai salah satu alternatif bagi menangani kes-kes perceraian di negara ini tetapi tidak sesekali merendah-rendahkan martabat kaum bapa dianggap sebagai pelindung dan ketua keluarga dalam rumahtangga,” katanya.
Menyentuh tentang dirinya sudah lapan tahun berada di negara Arab, Ummu Jah merasakan hidup di negara ini bagaikan berada di negara sendiri. Katanya, memang ada di dalam pakej hadis-hadis akhir zaman, baginda Rasul bersabda: Islam akan bangkit kali kedua bertempat di Timur Jauh membawa ke Timur Tengah. Maknanya Malaysia akan jadi seperti Mekah di peringkat awal kemudian kebangkitan Islam akan berkembang sampai ke Timur Tengah semula..
