Dec 26, 2011

Posted by in Renungan | 0 Comments

Kenapa Putra Bani Tamim Diperlukan?

Kenapa Putra Bani Tamim Diperlukan?

Ya Allah, fenomena ciptaan-Mu Nur Muhammad datang ke bumi. Hati-hati manusia pilihan dicahayakan hingga terhubung dengan Tuhan. Tuhan yang terlalu diperlukan dalam kehidupan insan. Tuhan yang nama-Nya disebut orang-orang di dalam kesusahan.

Nur Muhammad juga membongkar rahsia bahawa Islam agama Tuhan, Nabi Muhammad pesuruh Allah itu, kedua-duanya akan bangkit semula setelah dirahsiakan sekian lamanya daripada pengetahuan manusia. Lalu Nur Muhammad, mengubatlah segala kerosakan manusia yang telah dapat diputuskan hubungan dengan agen-agen perosak agama itu. Lantas diserahkan oleh Nur Muhammad anak kunci keselamatan dan kejayaan kepada calon Ikhwan yang bertaraf Sahabat itu untuk menjayakan sebuah sistem pemerintahan Islam model. Sebagai persiapan akhir untuk Nur Muhammad memulakan pemerintahan Islam kepada dunia.

Abuya Putra bani Tamim, rohnya yang tinggi, memandu akalnya yang tinggi menjadikan dia pemimpin yang mampu menjadi pemimpin Islam sebenar yang cukup hebat. Sebab padanya terdapat limpahan Nur Muhammad sebagai:

1.          Cahaya segala cahaya.

2.          Rahsia segala rahsia.

3.          Ubat seluruh penyakit.

4.          Anak kunci seluruh kejayaan.

Dengan pencapaian sebesar itu layaklah dia dikatakan membawa Nur Muhammad. Yakni mewakili roh Nabi Muhammad untuk mengIslamkan bumi dengan membawa cahaya Nabi Muhammad sebagai modal kekuatannya. Maka dengan hanya seorang diri dunia ini diperintahkannya untuk kembali ke Islam sebenar.

Kenapa cukup seorang diri untuk melakukan kerja sebesar itu? Sebab bersamanya atau di belakangnya ada Allah, Rasulullah dan Imam Mahdi yang semuanya ghaib. Kuasa roh, kunfayakun yang denganya dia boleh menjadikan sesuatu hanya dengan menyeru “jadikanlah!”, maka jadilah sesuatu itu. Begitulah teknologi roh yang ada pada Islam dibandingkan dengan teknologi yang Allah izinkan kepada Barat dan Yahudi. Maka oleh kerana Barat sudah gagal, maka kekuatan teknologi roh sedang dalam perjalanan untuk mengambil alih dunia dari Barat.

Sekarang 1 Muharram 1433 Hijriah, setiap hati warga dunia sudah terlalu perlukan penyelamat. Maka untuk itu sesungguhnya Abuya Putra Bani Tamim lah dengan segala cirinya itu sesungguhnya terlalu diperlukan oleh dunia itu.

Marilah kita ucapkan; ” Selamat Datang Nur Muhammad!”

Ya Allah, cinta kasih yang mendalam buat-Mu kerana anugerah ini…

Share


Share

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>